>>>>>

Akibat Pengaruh Dadah,Gadis Ini Memanjat Tiang Elektrik Berkuasa Tinggi

Posted By Tabek Puang   
Tindakan yang dilakukan seorang gadis asal Republik Czech ini tergolong sangat nekad. Ini kerana membuat rakyat, polis dan pegawai utama setempat pening kepala keliling. Sebabnya, gadis usia 21 ini memanjat sebuah tiang elektrik bertegangan tinggi dengan ketinggian 40 kaki tanpa sedikitpun alat keselamatan.


Gadis yang tidak diketahui namanya tersebut nekad melakukan tindakan sangat berbahaya ini kerana pengaruh dadah yang diambil sebelum dia beraksi. Gara-gara pengaruh ubat terlarang tersebut, si gadis pun memanjat tiang elektrik tanpa rasa takut dan berada di atas selama lebih kurang 4 jam.

"Ini adalah mimpi buruk kerana dia di bawah pengaruh ubat sehingga berbuat perkara yang tidak masuk akal," ujar jurucakap polis tempatan, Jan Macalikova, sebagaimana dipetik dari dailymail, Jumat (22/6/2012).

Menurut polis tersebut, gadis itu berhalusinasi tinggi bahawa dirinya memanjat sebuah jambatan dan hendak menyeberangi sungai.

"Dia yakin jika tiang elektrik itu adalah jambatan yang melintasi sungai Morava," kata Macalikova.

Perlu waktu lebih dari 4 jam bagi polis untuk boleh memujuk gadis itu untuk turun. Kerana si gadis tetap berkeras bahawa dirinya memang menaiki jambatan.

Setelah berjaya dipujuk, pegawai langsung melarikan si gadis ke hospital yang terdekat untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan dari pengaruh ubatnya. Beruntung si gadis tidak terluka sedikitpun meski yang dipanjatnya adalah tiang elektrik bertegangan tinggi.





Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika  Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami.. 


0 Komentar untuk "Akibat Pengaruh Dadah,Gadis Ini Memanjat Tiang Elektrik Berkuasa Tinggi"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info