Satu posting di Facebook telah menjadi viral tentang
seorang lelaki yang didakwa menggunakan rambut palsu dan memakai pakaian
wanita untuk mengambil gambar seorang wanita yang sedang mandi di
pancuran awam di Sentosa, Singapura.
Menurut pengguna Facebook, Trey Wei Zheng, ‘wanita’ tiruan yang
mengambil gambar itu rupa-rupanya adalah teman lelaki kepada wanita itu
sendiri.
Namun, teman wanitanya itu pula telah memukul dia ‘sehingga dia berdarah’.
Pejalan kaki di kawasan sekitar turut membantu mangsa membelasah lelaki yang dikatakan pervert itu.
Trey turut berkongsikan kejadian itu untuk mengingatkan orang ramai
agar lebih ‘berhati-hati’ kerana insiden seperti ini boleh berlaku di
mana-mana sahaja. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Padah Rakam Aksi Wanita Mandi, Lelaki Dibelasah"