Pasar Vinh Loi di Seestrasse, Jerman
merupakan pasar yang selalu dikunjungi oleh orang ramai. Kebanyakan
pembeli yang merupakan orang Asia akan membeli bahan-bahan untuk masakan
seperti cili kering, sayur bayam, kacang panjang dan lain-lain.
Selain itu, penduduk tempatan di Jerman juga tidak ketinggalan
mengunjungi pasar ini untuk mendapatkan sajian citarasa Asia.
Tempe juga turut dijual di pasar milik orang Vietnam ini. Namun jangan
tak percaya harga tempe di pasar ini dijual lebih mahal berbanding di
Malaysia. Tempe dengan berat hanya 400 gram dijual dengan harga 1.79
Euro atau bersamaan dengan harga RM9.00. Harga tempe di Jerman juga sama
dengan harga sekilo peha ayam yang dijual pada harga 1.99 Euro.
Ini adalah merupakan perbezaan yang ketara untuk harga tempe yang dijual
di Jerman berbanding di Malaysia. Namun kalau sudah kempunan ingin
menikmati tempe, harga tidak menjadi masalah.
Import merupakan salah satu faktor kenapa harga bahan makanan Asia lebih
mahal di sini. Tetapi tempe di Jerman tidak diimport dari Malaysia.
Jerman sudah menghasilkan sendiri tempe mereka dengan nama yang
menggunakan nama yang sama. Tempe dihasilkan oleh perusahan tempatan di
Jerman iaitu Natural Vegetarian Food.
Sumber dari Yuda.com
0 Komentar untuk "WoW..!! Tempe Jadi Makanan Paling Mewah Di Jerman "