>>>>>

Iklan Tak Senonoh Pada Lori Sebabkan Lebih 500 Kemalangan Dalam Masa Sehari

Mengganggu: Iklan yang bertanggungjawab terhadap 500 kemalangan kereta dalam masa satu hari.

Iklan di atas telah diletakkan pada 30 unit trak dimana bahagian puting payudara wanita dalam gambar tersebut hanya dilindungi dengan jalur berwarna biru dengan perkataan tertera “Mereka Menarik”


Menurut laporan dari Daily Star, sejak iklan ini dilancarkan, dilaporkan sebanyak 517 kemalangan telah berlaku. Pihak polis banyak menerima aduan daripada pemandu yang marah dengan iklan payudara tersebut dan meminta ia diharamkan dengan segara berada di jalan raya Moscow.

Seorang pengguna jalan raya, Ildar Yuriev, 35, berkata: “Ketika saya dalam perjalanan menghadiri satu mesyuarat perniagaan, sebuah trak dengan iklan payudara tersebut berlalu melepasi saya.

“Selepas itu, saya telah dilanggar oleh sebuah kereta dari belakang yang mengatakan dia telah “terganggu” oleh trak tersebut.

“Kemalangan ini membuatkan saya lambat menghadiri mesyuarat dan terpaksa meninggalkan kereta saya di dalam garaj. Walaupun saya memiliki polisi insurans, tetapi saya tetap perlu keluarkan duit dari poket sendiri.”

Jurucakap bagi Advertising Agency Sarafan, iaitu syarikat pengiklanan yang menganjurkan kempen iklan itu berkata: “Kami merancang untuk membawa satu format baru dalam pasaran pengiklanan, iaitu dengan menggalakkan syarikat untuk menempatkan iklan mereka di sisi trak, ini akan menjadi alternatif yang baik untuk meletakkan iklan mereka di sisi pengangkutan awam.

“Kami ingin menarik perhatian orang ramai terhadap format baru ini dengan kempen ini.

“Dalam semua kes-kes kemalangan, pemilik kereta akan menerima pampasan dari kami yang tidak dilindungi oleh insurans mereka,” -HarianBlogger.Com
0 Komentar untuk "Iklan Tak Senonoh Pada Lori Sebabkan Lebih 500 Kemalangan Dalam Masa Sehari "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info