>>>>>

Lelaki Iran Ini Hidup Lagi Selepas Dihukum Gantung


Seorang banduan yang dihukum mati di Iran berjaya selamat dari hukuman gantung. Setelah dihukum mati, banduan ini dinyatakan sudah tak bernyawa namun entah bagaimana dia hidup kembali.

Lelaki bernama Alireza Mafiha (Alireza M) ini dihukum gantung di penjara Bojnourd, Iran pada 9 Oktober 2013. Setelah berada bergantung di kren yang dijadikan tiang gantungan selama 12 minit, Alireza dinyatakan oleh pegawai telah meninggal dunia.

Alireza M, hidup lagi setelah dihukum gantung
Alireza M (kedua dari kiri), menyembunyikan wajahnya di bahu pegawai sebelum dihukum


Jasadnya kemudian dibawa ke bilik mayat oleh pihak berkuasa tempatan. Keesokan harinya, ketika pihak keluarga datang untuk mengambil jasad Alireza, mereka menyedari adanya keanehan.

Keluarga menyedari bahawa Alireza ternyata masih bernafas. Mereka pun segera membawanya ke hospital. Tidak ada penjelasan lebih lanjut mengapa hal semacam ini boleh terjadi. Namun yang jelas, Alireza kini tengah menjalani rawatan perubatan dihospital dengan penjagaan yang ketat pegawai.

Alireza M,hidup lagi setelah dihukum gantung
Hukuman mati yang gagal: Setelah digantung dicrane selama 12 minit, Alireza dinyatakan mati.

Saat ini, lelaki yang dihukum mati atas kes dadah ini tengah menunggu hukuman mati yang kedua. Belum diketahui bila jadwal pelaksanaan mati kedua tersebut.

"Vonis yang dijatuhkan adalah hukuman mati, dan keputusan tersebut akan segera dilakukan saat keadaannya kembali pulih," ucap pejabat kehakiman Iran saat disahkan mengenai pelaksanaan hukuman mati kedua bagi Alireza.

Malang sekali lelaki ini, lepas dari maut harus kembali menghadapi maut.
(Daily Mail, What 's on Chengdu)
0 Komentar untuk "Lelaki Iran Ini Hidup Lagi Selepas Dihukum Gantung"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info