Wuhan: Sebuah syarikat pemaju perumahan di sini bertindak kejam dengan menggali parit sedalam 1.5 meter di dekeliling sebuah rumah selepas mereka dikatakn gagal memujuk pemilik rumah berkenaan untuk meninggalkan rumah mereka untuk dibangunkan.
Pasangan Yin Yiangju, 52, dan suaminya Xiao Ming berkata, mereka menetap di rumah itu sudah 30 tahun dan enggan berpindah kerana pampasan yang ditawarkan syarikat pemaju terlalu rendah, tidak setimpal dengan nilai rumah berkenaan.
Kerana parit tersebut mereka mengalami kesukaran untuk keluar daripada kediaman lebih-lebih lagi emreka sudah berumur.
Dengan bantuan kerajaan tempatan, pemaju merobohkan 545 rumah di kawasan itu, kecuali empat lagi. Keempat-empat keluarga berkenaan berkata, mereka enggan berpindah kerana jumlah pampasan yang ditawarkan terlalu kecil. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "(Gambar) Tidak Mahu Berpindah, Pemaju Gali Longkang Keliling Rumah"