>>>>>

Trend Baru Di Jepun, Mengikat Anak Dengan Tali Agar Tidak Hilang

Trend yang sangat kontroversi kebelakangan ini di Jepun. Saat ini beberapa orang tua di Jepun mula menggunakan tali untuk mengikat anaknya agar tak jauh pergi dari mereka.

Saat ini memang banyak sekali kes penculikan, pembunuhan dan kekerasan pada anak yang membuat orang tua was-was dengan keselamatan anak-anak mereka. Oleh kerana itu, beberapa ibu moden menggunakan tali untuk membawa anaknya keluar rumah.




Hal ini semenjak produk tali pengikat untuk anak yang disebut Maigo himo (tali anak hilang) dijual di Rakuten Jepun. Bagi mereka yang pro dengan produk ini, mengatakan bahawa ia memerlukannya kerana sekalipun ia menggandeng tangan sang anak, suatu ketika anak akan melepaskan diri darinya dan sesuatu yang buruk boleh saja terjadi.

Sementara yang tak setuju dengan penggunaan produk ini mengatakan bahawa anak-anak bukan kesayangan, sehingga mereka tak mau menggunakan alat tersebut. Menurut mereka, orang tua harus mengawasi saat mereka tidak sedang memegang tangan si anak.


 Penggunaan tali ini juga kerana makin banyaknya kebimbangan orang tua pada orang asing yang tanpa pandang bulu tiba-tiba menyerang orang lain di tempat awam. Sehingga sangat penting bagi mereka agar anak selalu berada dalam jangkauan perlindungan orang tuanya.

Awalnya beberapa orang mengira ini adalah fenomena mengerikan dalam sejarah mengasuh dan mengawasi anak. Namun menurut seorang pengulas di Facebook mengatakan bahawa memang pemandangannya jadi tak enak dilihat, namun demi keselamatan, ia boleh memahami hal tersebut.


0 Komentar untuk "Trend Baru Di Jepun, Mengikat Anak Dengan Tali Agar Tidak Hilang"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info