>>>>>

China Tamatkan Dasar Satu Keluarga Seorang Anak


BEIJING – China akan menamatkan dasar seorang anak yang mencetuskan kontroversi sebelum ini

Malah negara tembok besar itu kini membenarkan pasangan suami isteri untuk mempunyai dua orang anak.

Ia memetik kenyataan dikeluarkan pemerintah Parti Komunis seperti dilaporkan agensi berita Xinhua selepas mesyuarat empat hari parti itu berkaitan rancangan ekonomi lima tahun China di Beijing pada Khamis.

China akan menamatkan dasar satu anak itu yang sudah dilaksanakan sejak tiga dekad lalu, lapor Xinhua.
Dasar tersebut hanya membenarkan pasangan untuk mempunyai seorang anak.

Pihak berkuasa selama bertahun-tahun memberi alasan bahawa dasar itu adalah penyumbang utama terhadap perkembangan ekonomi China.
– AFP/myMetro Online
0 Komentar untuk "China Tamatkan Dasar Satu Keluarga Seorang Anak"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info