KALAU sebelum ini Tembok Besar China menjadi salah satu
lokasi persinggahan wajib setiap kali melancong ke Beijing, China,
tetapi berbeza kali ini apabila negara itu sekali lagi menjanjikan
pengalaman berbeza kepada pelancong yang berkunjung ke sana
.
Menariknya, pelancong berpeluang merasai
pengalaman berjalan di atas jambatan gantung kaca setinggi 180 meter
yang dibina merentasi sebuah gaung.
Jambatan
gantung kaca sepanjang hampir 1,000 kaki (lebih kurang 300 meter) ini
dikenali sebagai Hohan Qiao atau “Brave Men’s Bridge” dan terletak di
lembah Shiniuzhai National Geological Park, di wilayah Hunan, China.
Tambah
menarik, jambatan gantung tersebut bukan sahaja menggerunkan dan
mengayatkan tetapi pelancong dapat menikmati pemandangan dari udara
apabila melalui jambatan tersebut.
Memetik
laporan portal foxnews, jambatan tersebut pada asalnya diperbuat
daripada kayu sebelum ia ditukar sepenuhnya menjadi kaca dan siap diubah
suai pada tahun ini.
Meskipun ia
kelihatan menakutkan, pelancong yang melalui jambatan tersebut tidak
perlu bimbang kerana kaca yang digunakan untuk membina jambatan tersebut
adalah setebal 24 milimeter yang mana ia dikatakan 25 kali lebih kuat
daripada jenis kaca lain yang membolehkan binaannya berdiri teguh
Difahamkan,
negara China juga dalam perancangan untuk membina satu lagi jambatan
gantung kaca yang terletak di Zhangjiajie Grand Canyon, kira-kira 185
barat laut di Shiniuzhai.
Malah,
jambatan itu akan menjadi jambatan kaca tertinggi dan terpanjang di
dunia dengan kepanjangan lebih 1,400 kaki dan 985 kaki tinggi.
0 Komentar untuk "(4 Gambar) Jambatan Gantung Kaca Jadi Tarikan Baru Pelancong"