>>>>>

Rahsia Di Sebalik ‘Wallpaper Windows XP’ Yang Menjadi Tatapan Jutaan Manusia Seluruh Dunia


Nama Charles O’Rear mungkin masih asing di telinga dan ingatan anda, Tetapi sebenarnya anda mengenali dirinya melalui hasil karya yang menjadi tatapan berjuta ramai orang di muka bumi ini terutamanya pengguna Windows Xp. Hasil karya terkenalnya ialah sebuah gambar pemandangan padang rumput hijau di bawah langit diselaputi awan yang merupakan “wallpaper default “Windows XP.


Menurut Charles, gambar ini diambil di Napa Valley yang terletak di sebelah utara San Francisco pada tahun 1996 dan yang menariknya gambar ini dihasilkan tanpa bantuan perisian “editing”.
Gambar berjudul “Bliss” ini diambil dengan menggunakan kamera Mamiya RZ67 serta bantuan tripod.
Jurugambar National Geographic ini ketika itu sedang menuju ke kediaman kekasihnya yang bernama Daphne, dan kini telah pun secara sah menjadi isteri beliau. Ketika dalam perjalanan, dia menyaksikan awan-awan terpisah di antara satu sama lain di atas rumput hijau yang sangat indah.
Lalu jurugambar yang kini berusia 73 tahun turun dari kereta dan merakamkan detik indah pemandangan tersebut menggunakan kameranya.
Kemudian Chuck mempamerkan hasil karyanya itu di sebuah galeri gambar. Gambar ini dibeli oleh Microsoft pada tahun 2001 untuk digunakan sebagai wallpaper Windows XP. Tidak terlintas langsung di fikiran Chuck bahawa karnya itu menjadi tatapan jutaan penduduk dunia.
Pihak Microsoft sendiri datang untuk berjumpa dengan Chuck pada awal April 2014 untuk mengadakan perbincangan mengenai gambar yang menjadi fenomena ini dan juga untuk memberikan penghormatan terakhir kepada jurugambar ini sebelum pihak Microsoft menamatkan sepenuhnya penggunaan sistem operasi Windows XP pada 8 April 2014.
Sumber: SajaKongsi
0 Komentar untuk "Rahsia Di Sebalik ‘Wallpaper Windows XP’ Yang Menjadi Tatapan Jutaan Manusia Seluruh Dunia "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info