Seorang gadis di Indonesia yang panik
selepas ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen menunjukkan
kepada polis kad izin berpacaran yang direkanya sendiri.
Malangnya, gadis itu bukan sahaja dikenakan tindakan kerana tiada lesen
memandu, tetapi turut disiasat atas tuduhan cuba mempermainkan pihak
berkuasa dengan menunjukkan kad berkenaan.
Kejadian melucukan itu menjadi viral selepas disebarkan kumpulan pemotoran di laman Facebook baru-baru ini.
Gadis itu yang dikenali sebagai Maya Riyanti dikatakan ditahan polis ketika menunggang motosikal di Jakarta.
Polis terkejut dengan tindakan Maya menunjukkan kad izin berpacaran itu
yang lengkap dengan tanda tangan ibu bapanya terus memarahinya
menyebabkan dia menangis dan meminta maaf.
Kad seperti itu dibuat hanya untuk tujuan suka-suka dan menjadi trending di kalangan pemuda-pemudi, lapor HarianMetro.
0 Komentar untuk "Gadis Panik Tiada Lesen Motor Tunjukkan Polis Kad Izin Berpacaran (Gambar) "