Pantai adalah
salah satu lokasi yang paling popular untuk keluarga beriadah selain
daripada sungai dan berbagai lagi taman tema air. Namun tidak semua
pantai boleh menimbulkan kegembiraan kepada tetamunya kerana ada pantai
yang mempunyai suasana yang menyeramkan.
Pantai-pantai ini dikatakan paling berhantu, walaupun keindahan
pantai-pantai ini tidak kurang menakjubkan berbanding pantai-pantai yang
lain. Namun suasana seram dan banyak kejadian aneh di pantai inilah
yang membuatkan orang ramai takut untuk mengunjunginya. Lihat 4 pantai
yang paling menyeramkan.
1. Pantai Kaupoa, Hawaii..
Pantai ini dahulunya sebuah lokasi yang popular kepada para pengunjung
namun ianya sekarang menjadi tidak terurus dan dikhabarkan berhantu.
Pantai ini seringkali terjadi kejadian-kejadian aneh dimana para
pengunjung sering terdengar suara-suara kanak-kanak yang menyeramkan.
2. Pantai Dumas, India
Pantai Dumas ini merupakan pantai yang menyeramkan dan terletak 21 KM
dari Kota Surat, Gujarat India. Pantai ini menjadi salah satu tempat
kremasi mayat sehingga menimbulkan banyak kejadian aneh dan menyeramkan
di pantai ini. Ramai pengunjung yang mendengar bisikan-bisikan
menyeramkan ketika berjalan di pantai ini.
3. Pantai Changi, Singapura.
Pantai Changi ini merupakan salah satu lokasi popular keluarga tempatan
beriadah di Singapura. Disebalik suasana yang menyamankan pantai ini
pernah menjadi sejarah yang menyeramkan. Pantai Changi pernah menjadi
lokasi pembunuhan askar Jepun semasa perang dunia kedua iaitu semasa
Sook Ching Massacre. Ribuan orang Cina yang anti askar Jepun dibunuh dan
diseksa oleh askar Jepun. Pantai ini pernah dikatakan lokasi yang
paling menyeramkan di asia. Sehingga sekarang ramai pengunjung
mengatakan terdengar suara-suara jeritan yang misteri.
4. Pantai Moss, California
Pantai Moss terletak di California USA dikatakan antara lokasi yang
menyeramkan dengan banyaknya berlaku kejadian aneh dan penampakan
lembaga wanita. Ada pengunjung yang menyatakan seringkali diceritakan
penampakan wanita berpakaian biru di lokasi tersebut. Menurut cerita
tempatan, semasa tahun 1930-an, seorang surirumah yang cantik yang suka
berpakaian warna biru menjalinkan hubungan sulit dengan pemain piano dan
sering berjumpa secra rahsia di pantai. Apabila suaminya mendapat tahu,
dia telah dibunuh di pantai dan rohnya berkeliaran dan menjadi tidak
tenteram.
0 Komentar untuk "SERAM!! 4 Pantai Yang Paling Menyeramkan Di Dunia.. "