Tidak hairanlah mengapa para wanita berlumba-lumba ingin memiliki kasut tinggi yang cantik dan menawan bagi memperagakan kasut idaman mereka.
Lambakan idea-idea rekaan kasut tinggi di pasaran juga dilihat seakan-akan sama dan serupa.
Mungkin, itu yang menjadi pendorong seorang pereka fesyen kasut dari China bernama Zhu Tian untuk melahirkan rekaan yang unik dan ‘rare’ seperti ini.
.
.
.
Rekaan pereka fesyen ini mencuri perhatian ramai pihak apabila dia mengetengahkan rekaan idea kasut tinggi dilitupi rambut manusia.
Untuk pengetahuan anda, kasut tumit tinggi ini diperbuat daripada bahan getah warna kulit kemudian disalut rambut manusia asli.
Rambut yang digunakan menghiasi rambut ini dikatakan milik pereka fesyen ini sendiri.
Pembuatan kasut tersebut memerlukan ketelitian yang amat tinggi apabila dia sendiri melekatkan rambut tersebut satu per satu mengunakan tangannya.
Kasut rekaan rambut ini kemudian diberi nama “Babe”.
Meskipun ianya kelihatan unik, sesetengah manusia melihat kasut tersebut sebagai sesuatu yang amat mengelikan kerana rupanya seolah-olah kaki yang dipenuhi bulu. –
0 Komentar untuk "Foto: Kasut Tinggi Dipenuhi Rambut Manusia Asli"