>>>>>

Seorang Bapa Sanggup Menjadi "Human Punching Bag" Untuk Menyelamatkan Nyawa Anaknya..

Dalam usaha untuk mengumpul wang untuk rawatan anaknya yang menghidapi penyakit leukemia, seorang lelaki di China sanggup menjadi "Human Punching Bag", dengan menawarkan pejalan kaki di Beijing untuk memukulnya dengan bayaran 10 yuan ($1.6).

Bapa muda ini mula kelihatan dikawasan laluan pejalan kaki di Beijing pada 27 November lalu dengan memakai t-shirt yang bertulis "Human Punching Bag, 10 yuan per punch". Di hadapannya terdapat sebuah kotak derma ditutup dengan sijil diagnosis hospital yang membuktikan anaknya menghidap leukemia, supaya orang ramai faham bahawa apa yang dilakukan adalah untuk mengumpul duit bagi rawatan anaknya dan bukan gurauan bodoh.


Kaedah pelik lelaki ini untuk mendapatkan dana menarik perhatian media di China, yang kemudiannya mendedahkan nama lelaki itu adalah Xia Jun dan dia sememangnya terdesak untuk membantu anak lelakinya yang berusia dua tahun, Guo Guo. Budak lelaki itu telah disahkan menghidap leukemia mieloid pada bulan Julai, dan selepas menerima rawatan di tiga hospital, dia akhirnya dijadualkan untuk pemindahan sum-sum tulang di Beijing. Walau bagaimanapun, prosedur rawatan itu menelan kos sebanyak 700,000 yuan dan dia tidak mempunyai wang untuk menanggung kos tersebut. 

Pada mulanya, Xia Jun memikirkan mengemis, tetapi khuatir orang akan berfikir dia menipun dan mengabaikan rayuannya. Akhirnya, dia memutuskan cara yang lebih radikal untuk mendapatkan wang, sesuatu yang akan membuat orang lain memahami betapa terdesak dia menyelamatkan nyawa anaknya. Maka dia menjadi "Human Punching Bag".

Selepas kisah Bapa yang sanggup menjadi "Human Punching Bag" ini disiarkan di Media, ramai orang yang simpati terhadap nasib anaknya mula melawat anaknya di Hospital. Disamping itu derma daripada mereka yang simpati juga masuk mencurah-curah. Xia Jun juga berjaya mengumpul sebanyak 800,000 Yuan hasil derma daripada orang amai yang simpati terhadap nasib anaknya. Xia Jun juga berjanji untuk mencari pekerjaan yang lebih baik selepas anaknya pulih
0 Komentar untuk "Seorang Bapa Sanggup Menjadi "Human Punching Bag" Untuk Menyelamatkan Nyawa Anaknya.. "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info