Hidup seorang wanita yang berusia 28 Tahun ini berubah menjadi mendung selepas dia disahkan menghidap Cutis Laza iaitu sejenis penyakit kecelaruan kulit selepas dia melahirkan anak pertama.
Penyakit
tersebut menyebabkan wanita malang, Hu Junhua yang berasal daripada
Zhengzhou, China kelihatan seperti telah berumur seakan-akan 70-an.
Penyakit
ini dikatakan ganjil dan jarang berlaku, di mana kurang dari 10 orang
disahkan menghidap penyakit berkenaan di dunia dan Hu adalah
satu-satunya pesakit dari China yang menghidapnya.
Kini, Hu masih sedang mendapat rawatan dan bakal mendapatkan khidmat pembedahan kosmetik di Shanghai bagi membaiki wajahnya meskipun Doktor yang merawatnya kurang yakin akan hasil pada wajahnya nanti.
Menurut Hu, suami sentiasa bersamanya dan tidak pernah merungut perihal wajah tuanya.
Namun
kedua-dua orang tua sedih apabila menyedari anaknya mula menjauhkan
diri serta malu memberitahu rakan bahawa dia adalah ibunya kerana Wajah
Hu kelihatan lebih tua daripada ibunya sendiri.
Berikutan
penyakit yang dihidap, Hu Juan mengalami masalah keyakinan pada diri
hingga dia mengelak untuk keluar rumah atau melihat cermin.
0 Komentar untuk "Baru Berusia 28 Tahun Namun Wanita Ini Memiliki Wajah Seakan Berusia 70 Tahun. "