Setiap pasangan
tentu menginginkan sesuatu perkara yang dilakukan sekali dalam seumur
hidup iaitu perkahwinan akan sentiasa diingati sampai bila-bila. Namun
ini yang terjadi kepada satu pasangan dari Belanda ini.
Seorang lelaki
merancang untuk melakukan suatu kejutan kepada kekasihnya apabila dia
melamar kekasihnya untuk dijadikan isteri dengan cara yang paling unik
dan akan diingati sampai bila-bila. Namun ianya sememangnya akan
diingati bukan sahaja kepada kekasihnya malah kepada seluruh kejiranan
tempat kekasihnya menginap.
Cincin sudah
dibeli, waktu yang sesuai dipilih dan kren telah disewa khas untuk
melakukan kejutan istimewa itu. Bagaimanapun rancangan lelaki berkenaan
gagal apabila berlaku kemalangan yang tidak pernah difikirkan oleh
sesiapapun.
Hasratnya untuk
dilihat tergantung secara romantik di luar tingkap bilik tidur
kekasihnya bagi membuat lamaran itu dengan menggunakan kren tidak
kesampaian.
Kren yang membawanya bersama cincin lamaran itu secara tiba-tiba tumbang dan menghempap bumbung rumah jiran kekasihnya.
Keadaan itu
disebabkan kedudukan kren yang tidak kukuh dan kejadian bertambah buruk
apabila ia turut merosakkan beberapa rumah lain di bandar IJsselstein,
Belanda.
Lelaki itu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan.
Penghuni di enam
unit apartment di kawasan sekitar terpaksa dipindahkan dan datuk bandar
itu dipercayai telah mengisytiharkan bangunan itu tidak selamat.
Walaupun kejadian
itu tidak berlaku seperti yang dirancang, kekasihnya menerima
lamarannya dan pasangan berkenaan dipercayai meraikannya di Paris.
0 Komentar untuk "Lamaran Yang Unik Akhirnya Membawa Padah, Kren Hempap Bumbung Rumah Jiran Kekasih "