SAO PAULO -
Seorang lelaki yang didakwa mengaku melakukan pembunuhan lebih daripada
40 orang sejak tahun 2005 telah ditangkap di Rio de Janeiro dan polis
sedang menyiasat kebenaran pengakuannya itu.
Polis menahan
Sailson Jose das Gracas Rabu sejurus selepas beliau didakwa menikam
seorang wanita sehingga mati di pinggir bandar Rio Nova Iguacu.
"Dia mengaku
membunuh 37 wanita lain, tiga lelaki dan seorang budak perempuan berusia
berusia 2 tahun dalam masa sembilan tahun yang lalu," kata seorang
pegawai polis melalui telefon. "Dia sama ada menikam mangsa atau
mencekik mereka."
"Kami kini sedang cuba untuk menyiasat sama ada dia adalah seorang pembunuh bersiri atau dia hanya mereka semuanya."
Pihak Polis juga
menambah Das Gracas tiada tanda penyesalan dalam dirinya dan dia berkata
jika dia keluar daripada penjara dia akan membunuh lagi.
"Das Gracas telah
taksub membunuh wanita berkulit putih, dan dia mengikuti mangsa selama
minggu dan mencari masa yang sesuai untuk menyerang dan membunuh
mangsa," kata seorang pegawai Polis.
"Selepas membunuh
seseorang Das Gracas akan berasa tenang dan kemudian menghabiskan masa
dua atau tiga bulan untuk tidak mencederakan sesiapa. Kemudian dia akan
keluar memburu mangsa baru," tambah pegawai Polis itu.
Selain daripada
itu, Das Gracas juga menceritakan apa yang dilakukannya sebelum
bertindak menamatkan nyawa mangsanya yang terdiri daripada pelbagai
latar belakang dan usia.
"Saya akan kaji
sedikit sebanyak tentang diri mangsa selama berbulan-bulan dan akan
tunggu masa sesuai untuk pecah masuk ke rumah mangsa dan bunuh mereka,"
katanya.
Berusia 26 tahun,
das Gracas berkata, dia mula membunuh ketika berusia 17 tahun dan
sehingga kini telah membunuh 38 wanita, tiga lelaki dan seorang
kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.
0 Komentar untuk "KEJAM!! Lelaki Mengaku Hanya 'Suka-Suka' Membunuh 42 Orang Mangsanya "