Pakar-pakar perubatan di selatan Vietnam menawarkan untuk membantu
seorang wanita berusia 26 tahun yang kulitnya berkedut dalam satu malam
saja, membuatkan dia kelihatan 30 tahun lebih tua, media tempatan di
sana melaporkan hari Rabu.
Tiga hospital di Bandar Raya Ho Chi Minh City telah menawarkan Nguyen
Thi Phuong perundingan dengan pakar-pakar selepas akhbar Tuoi Tre
menerbitkan gambarnya pada hari Ahad.
Kulit Phuong berkedut tetapi dia masih mempunyai rambut dan postur
wanita muda, kata akhbar itu. Keadaan dirinya telah membingungkan
doktor-doktor tempatan.
Menurut laporan itu, masalah Phuong bermula pada tahun 2008 selepas dia
makan makanan laut dan mukanya tercetus ruam. Dia diberi ubat
dermatitis, tetapi selepas mengambil selama seminggu, mukanya bengkak
dan gatal-gatal muncul di kulitnya.
"Apabila kami berkahwin, Phuong adalah seorang gadis yang cantik," suami
Phuong, Nguyen Thanh Tuyên, 34, dipetik sebagai berkata.
"Adalah sukar untuk bercakap secara terbuka mengenai perkara-perkara
suami isteri ini, tetapi fahamilah bahawa saya masih mencintai isteri
saya," katanya.
[Tuoi Tre , Korea Herald , Unikversiti] - sumber
0 Komentar untuk "Wanita Ini Berubah Menjadi Tua Hanya Dalam Satu malam"