OMG!! SEKOLAH
PELACURAN PERTAMA DIWUJUDKAN DI DUNIA | Seorang wanita bekas pelacur di
Belanda menubuhkan sebuah sekolah khas untuk belajar menjadi pelacur. Ia
dikenali dengan nama Hanky Panky School. Kurikulumnya disusun khas agar
para lulusannya dapat menjalankan pekerjaannya secara lebih profesional
dan tentunya memperoleh lebih banyak wang pendapatan.
Pengasasnya, Elene Vis (43) membuka sekolahnya di Amsterdam beberapa waktu lalu yang menawarkan Ilmu Pemasaran Eksklusif.
“Anda boleh
menyebutnya teknik pemasaran. Anda harus mempunyai keterampilan menjual,
tidak kira sama ada yang anda jual tubuh sendiri atauperkakas rumah
tangga. Prinsipnya tetap sama sahaja,” kata Elene.
“Kami memberikan training untuk mendapatkan hidup yang lebih baik dan wang lebih banyak dari pekerjaan mereka,” katanya.
Elene
mengatakan bahawa para pekerja seks komersial yang bekerja melalui
agensinya boleh mendapat 6000 Euro setiap bulan, dengan hanya 40 jam
kerja. Itulah sebabnya dia mendirikan sekolah tersebut.
Dengan yuran
450 euro seorang, setiap pelajar akan diberi pendidikan dalam bentuk
tutorial dan video tentang berfikir positif dan teknik-teknik bercinta,
termasuk subjek Kama Sutra. Menurut Elene, cara berfikir positip dan
rasa percaya diri amat penting untuk membuat klien lebih yakin dan
menghabiskan waktu lebih lama. “Seks 10 minit tidak akan menghasilkan
banyak wang,” katanya.
Belanda memang
dikenali sebagai negara yang 'menghalalkan' industri seks sejak tahun
1988, beberapa lokasi di ibu kota menjadi tujuan utama pelancong dalam
dan luar negera yang menyumbang jutaan euro setiap tahun. Sektor ini
juga penyumbang cukai dan KDNK yang cukup besar bagi Belanda. -
bantalilmu
0 Komentar untuk "Sekolah Untuk Menjadi P*lacur Yang Pertama DI Wujudkan Di Dunia"