Pelik Tapi Benar, ungkapan yang sesuai untuk seorang lelaki China yang
mempunyai hidung di dahi. Walaupun penampilannya nampak pelik dan agak
tak logik, lelaki ini sebenarnya adalah salah seorang "Pioneer" kepada
"Pembedahan Semula Hidung" yang luar biasa.
Lelaki ini mengalami kerosakan hidung selepas terlibat dalam kemalangan
kereta yang teruk. Jangkitan kuman telah memakan jauh ke tulang rawan
dalam hidung beliau, menjadikannya mustahil bagi doktor untuk
mengembalikan hidungnya yang asal. Sebaliknya, para doktor memutuskan
untuk membuat hidung baru pada dahinya.
.
.
Biarpun ianya kelihatan janggal, tapi proses pembedahan tersebut tidak
begitu berbeza daripada teknik-teknik pembedahan plastik yang biasa.
Hidung itu direka dengan menanam tisu kulit ke dahi Xiaolian. Ia
dipotong mengikut bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang
diambil daripada rusuk Xiaolian.
0 Komentar untuk "Lelaki Ini Menambah Hidung Di Dahi Semasa Melakukan Pembedahan Plastik"