>>>>>

Gambar Budak Kecil Di Siksa Sebelum Di Buang Ke Dalam Jurang



1536065Ting-Liang780x390

Kisah tragis yang berlaku di wilayah Guishou, China, itu berpunca ketika Ting Liang (30), ibu tiri Jen, merancang membalas dendam terhadap sang suami, Gang Jian (40), kerana merancang menceraikan dirinya.

Ting Liang memang merancang untuk membunuh Jen. Dia bahkan menjemput Jen di sekolahnya selepas beralasan harus membawa anak kecil itu ke doktor. Namun, Ting Liang malah membawa Jen ke kawasan fengan, wilayah Guishou, ke sebuah lombong arang batu yang sudah tak beroperasi.





Di tempat itulah Ting Liang memukul, menendang, melontar batu, dan mencekik Jen dengan menggunakan selendangnya. Setelah anak kecil itu tak bergerak, Ting Liang lalu melemparkannya ke sebuah lubang tambang dan meninggalkan kanak-kanak itu kerana menyangka bahawa Jen sudah mati.

Sementara itu di rumah, Gang Jian melapor ke polis selepas anak lelakinya itu tak kunjung pulang dari sekolah meski hari sudah petang. Polis yang melakukan siasatan kemudian mengetahui bahawa Jen meninggalkan sekolah selepas dijemput Ting Liang.

"Ketua sekolah mengatakan kepada kami, ibu tiri Jen menjemputnya dan saat kami bertanya kepadanya, perempuan itu membantah sudah menjemput Jen," kata polis.

"Namun, saat kami perlihatkan rakaman CCTV yang menunjukkan dia tengah memimpin anak kecil itu, maka dia mengakui perbuatannya," tambah polis.


Setelah isterinya itu ditahan polis, Gang Jian merasa sangat terkejut kerana tak menyangka perempuan tersebut sanggup melakukan perbuatan keji seperti itu. "Dia selalu kelihatan menyukai dan sesuai dengan Jen. Namun, dia dan saya mempunyai masalah dan saya sedar kami tak mungkin mempertahankan perkahwinan ini, "ujar Gang Jian.

"Apabila saya katakan saya ingin menceraikannya, dia hanya terdiam dan meninggalkan rumah. Saya tak menyangka dia mampu melakukan hal seperti itu, "tambah Gang Jian.

Selepas menahan Ting Liang, polis kemudian mencari Jen dan menemuinya dalam keadaan babak belur dan mengalami dehidrasi tiga hari selepas dia dibuang ke lubang lombong arang batu.

Kini Jen dirawat di rumah sakit, sementara sang ibu tiri ditahan dan terancam hukuman penjara 15 tahun kerana penculikan dan percubaan pembunuhan.






0 Komentar untuk "Gambar Budak Kecil Di Siksa Sebelum Di Buang Ke Dalam Jurang"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info