Bukan setakat peminat sahaja yang terkejut, Norman Hakim sebagai bekas suami juga seakan tak percaya sebaik mengetahui rumahtangga Abby Abadi dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar dipercayai bergolak.
Norman diberitahu oleh isterinya, Memey Suhaiza mengenai masalah itu dan segera menghubungi Abby untuk bertanya khabar.
Rumahtangga Abby dan Farhan dipercayai sedang bergolak
Saya sangat terkejut apabila isteri saya, Memey memberitahu dia terbaca kapsyen foto di Instagram Abby seolah-olah perkahwinan Abby sedang berhadapan dengan masalah.Walaupun enggan masuk campur urusan Abby dan Farhan, namun Norman tetap berdoa agar apa jua masalah yang berlaku antara mereka dapat diselesaikan dengan baik.
Sebagai bekas suami dan ayah kepada anak-anak Abby, sudah pasti saya mengambil berat terhadap masalahnya. Saya terus menghubunginya dan bertanya ‘awak ok?’
Dan Abby pula balas; ‘Ok! Saya ada Allah…’ Apabila dia hantar mesej seperti itu, saya tidak bertanya banyak perkara kerana menghormati privasinya.
Diharap kita semua berdoa sahaja untuk kebahagiaan Abby dan Farhan. Saya pun tidak mahu masuk campur urusannya. Moga masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik.Sekadar mengimbas kembali, Abby bernikah dengan Farhan yang 12 tahun lebih muda daripadanya pada 9 Julai 2013 dan masih belum dikurniakan anak.
Sumber: mStar Online
0 Komentar untuk "Norman Hakim Ambil Berat Masalah Rumahtangga Abby Abadi"