>>>>>

KKM Akan Melakukan Pemeriksaan Di Kesemua Produk Coklat Bukan Dari Keluaran Cadbury Sahaja

Putrajaya: Kementerian Kesihatan akan melakukan pemeriksaan terhadap coklat jenama lain di pasaran tempatan bagi memastikan ia benar-benar bebas daripada sebarang pencemaran unsur babi atau penggunaan label tidak sah.

Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam berkata, pemeriksaan itu bukan hanya membabitkan satu jenama iaitu Cadbury tetapi semua produk berasaskan coklat.


"Pada masa sama kita juga sudah menganalisa satu lagi produk keluaran Cadbury iaitu coklat susu, tetapi ia negatif DNA khinzir," katanya pada sidang media di sini, pagi tadi.

Menurutnya, siasatan awal kementerian mendapati kehadiran DNA babi (porcine) dalam dua coklat keluaran Cadbury mungkin berlaku akibat pencemaran di sepanjang rangkaian pembuatan produk berkenaan dan kementerian akan membuat siasatan lanjut untuk mendapatkan kesahihan perkara itu.

FotoMENTERI Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam menunjukkan label pada bungkusan coklat Cadbury pada sidang media. FOTO Fariz Iswadi Ismail.

"Kita akan meneliti kemungkinan sama ada perkara itu disengajakan atau sebaliknya sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

"Kita akan membuat lawatan lanjut dan pemeriksaan di kilang pembuatan coklat berkenaan dalam minggu ini," katanya.

Subramaniam berkata, kementerian juga akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap pematuhan standard makanan dan pelabelan serta kebersihan makanan yang diperuntukkan mengikut Akta Makanan 1983 dan peraturannya.sumber
0 Komentar untuk "KKM Akan Melakukan Pemeriksaan Di Kesemua Produk Coklat Bukan Dari Keluaran Cadbury Sahaja"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info