ini adalah kisah nyata dari perjalnan bintang Real Madrid dan juga Portugal, Cristiano Ronaldo. Kisah ini bermula apabila Ronaldo masih di suatu kelab junior di Portugal. Datanglah para scout dari Sporting Lisbon (kelab pertama Ronaldo) dan membuka pendaftaran untuk Sporting Lisbon.
Ronaldo dan rakannya yang bernama Albert Fantrau, termasuk pemain paling berbakat di kelab junior tersebut. Namun mereka berdua adalah orang miskin, tidak sanggup untuk membayar yuran pendaftaran. Mereka berdua nekad untuk tetap mengikuti pemilihan. Akhirnya mereka berdua tahu bahawa mereka tidak rasmi, tidak disenaraikan namanya. Beruntung mereka berdua mempunyai bakat diatas rata-rata, scout dari Sporting tadi pun tetap memberikan peluang kepada Ronaldo dan Albert untuk boleh masuk ke Sporting Lisbon. Scout tersebut menjanjikan kepada Ronaldo dan Albert, sesiapa yang menjaringkan gol lebih banyak dalam perlawanan hari itu, akan diterima di akademi Sporting.
Ronaldo menjaringkan gol pertama. Kemudian disusul oleh gol Albert melalui tandukan. Menghampiri minit akhir Albert sebenarnya sudah one-on-one dengan penjaga gol, dan juga berjaya melepasi penjaga gol, dia cuma memerlukan sentuhan kecil untuk menjaringkan bola. Tapi ... Albert malah menghulurkan bola kepada Ronaldo, dan GOOOOL!!! Ronaldo menutup kemenangan 3-0 dengan menjaringkan 2 gol. Perlawanan berakhir dan Ronaldo diterima di akademi Sporting.
cristiano Ronaldo
Selepas perlawanan Ronaldo bertanya kepada Albert, "Why?"
"Because you're better than me". jawab Albert.
Cerita ini terdapat pada salah satu wawancara dengan Cristiano Ronaldo. Hal ini membuat beberapa wartawan mencari sosok lelaki bernama Albert Frantau, yang telah membuat Cristiano Ronaldo menjadi bintang seperti sekarang ini.
Albert Frantau - Cristiano Ronaldo
Para wartawan pergi ke Portugal mendatangi Albert dan bertanya tentang kebenaran cerita ini. Lelaki itu pun mengesahkan bahawa semua cerita tersebut benar adanya. Ternyata Albert Frantau saat ini sudah menjadi orang yang berjaya dan kaya raya. Albert juga menambah, bahawa sejak peristiwa itu dia berhenti bermain bola dan tidak bekerja.
Wartawan pun bertanya-tanya, "anda berhenti bermain bola sepak dan tidak mempunyai pekerjaan, tapi bagaimana boleh anda mempunyai rumah dan kereta mewah ini?"
Albert menjawab "Ini semua dari Cristiano Ronaldo."
0 Komentar untuk "Kisah Benar Di Sebalik Kejayaan Cristiano Ronaldo Sebagai Pemain Bola Sepak Sekarang"