SEORANG lelaki Mexico yang pernah diiktraf sebagai lelaki paling gemuk di dunia meninggal dunia pada usia 48 tahun.
Manuel Uribe, 48, dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu berikutan denyutan jantung yang tidak normal.
Dia meninggal dunia di Hospital Universitario di Monterrey.
Meme – panggilan mesranya di kalangan ahli keluarga dan teman rapat diktraf lelaki paling berat didunia iaitu seberat 559 kilogram (kg).
Ekoran itu rekodnya tercatat dalam Guinness World Record.
Walau bagaimanapun, dia mengalami beberapa komplikasi kesihatan dan hanya terlantar sejak sembilan tahun yang lalu
Meme berjaya mengurangkan berat badannya kepada 394kg.
Pada 2008, dia berkahwin dengan Claudia Solis.
Kematiannya disahkan oleh pegawai kesihatan tempatan namun doktor belum mengesahkan punca kematian, lapor mStar.
0 Komentar untuk "Bekas Lelaki Paling Gemuk Di Dunia Meninggal Dunia"