LONDON: Walaupun mempunyai ibu bapa berstatus superstar, Brooklyn Beckham masih lagi perlu bekerja untuk mempunyai wang poket sendiri.
Menurut laporan beberapa portal hiburan
antarabangsa, anak sulung pasangan David dan Victoria Beckham itu telah
memulakan tugas di sebuah kedai kopi atau cafe di barat London.
Brooklyn menerima bayaran sekitar £2.60
(atau RM14.07) sejam kerana masih berusia di bawah 16 tahun di mana
syarat gaji minimum tidak digunapakai.
Namun begitu, bayaran yang diterima
Brooklyn itu dikatakan yang paling rendah bagi seseorang berusia antara
16 hingga 18 tahun dan tidak mempunyai pengalaman.
Syarat bagi peraturan bekerja bawah usia
15 tahun pula ialah dia tidak boleh bekerja lebih dari tujuh jam sehari
dan perlu diberikan rehat setiap empat jam bekerja.
Satu sumber rapat dengan keluarga
tersebut berkata kepada portal The Sun (UK), pasangan Bekcham itu mahu
anak mereka belajar kesusahan untuk mencari wang sendiri dan mahu
anak-anaknya mengenal erti kerja keras.
Dalam satu temubual, legenda bolasepak David pula berkata kepada portal London Evening Standard, mereka cuba memberikan contoh terbaik kepada anak-anak.
Dalam satu temubual, legenda bolasepak David pula berkata kepada portal London Evening Standard, mereka cuba memberikan contoh terbaik kepada anak-anak.
"Itulah antara salah satu kunci utama
saya dan isteri selalu lakukan. Kami menguruskan segala-galanya kerana
apa yang penting ialah anak-anak, dan bekerja keras adalah salah satu
contoh yang terbaik untuk ditunjukkan kepada mereka,” ujarnya.
- Astro awani
0 Komentar untuk "Anak Sulung Pasangan Beckham Mulakan Kerja Di Kedai Kopi"