Tanjung Malim: Biarpun tidak pernah mendapat pendidikan formal di mana-mana pusat pendidikan di negara ini, budak pintar matematik Adi Putra Abd Ghani, 15, mampu berkongsi pelbagai bidang ilmu terutamanya matematik dengan pelbagai lapisan masyarakat antaranya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta kakitangan agensi kerajaan.
Adi Putra berkata, dia sudah mencipta 264 formula matematik membabitkan pelbagai cabang ilmu termasuk menghasilkan buku penyelesaian matematik yang diterbitkan beberapa tahun lalu.
Menurutnya, ini bukan bidang matematik baru, namun pendekatan saja yang berbeza dan kebanyakan formula yang diciptanya adalah berasaskan daripada al-Quran serta Islam seperti berdasarkan hukum tajwid termasuk mengaitkan formula dengan kejadian alam, namun ia ditukar kepada sistem pengiraan matematik.
Dia yang kini sudah menginjak usia remaja berkata, dia tidak pernah ‘hilang’ atau membawa diri tetapi masih meneruskan usahanya dalam berkongsi ilmu matematik dengan pihak lain tidak mengira platform atau pentas.
“Saya tidak pernah hilang, sebaliknya masih meneruskan usaha untuk menyebarkan ilmu pengetahuan yang saya ada untuk semua pihak. Saya juga sering mengadakan bengkel di sekolah serta IPT berkaitan dengan ilmu matematik.-HarianMetro
0 Komentar untuk "Wajah Terkini Adi Putra Yang Telah Mencipta 264 Formula Matematik"