>>>>>

Orang Ramai Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Karpal Singh


GEORGE TOWN - Orang ramai mula memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh di Dewan Sri Pinang.

Suasana pada Ahad begitu beremosi apabila lagu puisi Auld Lang Syne dimainkan sewaktu keranda yang membawa mayat mendiang di bawa masuk ke dalam dewan.

Pemimpin DAP dan ahli veteran parti termasuk Dr Chen Man Hin turut hadir ke upacara penghormatan itu pada Ahad.

Orang ramai, dengan kebanyakannya memegang kalungan bunga melihat keranda yang membawa mayat Karpal diusung masuk ke dalam dewan.

Orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir di Dewan Sri Pinang bermula pukul 8.30 pagi sehingga 10.15 pagi.

Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan menyampaikan ucapan penghormatannya pada pukul 10.15 pagi.

Perarakan itu menandakan perjalanan terakhir buat upacara yang memberi kesan yang ditinggalkan mendiang yang diberi jolokan “Harimau Jelutong”.

Perarakan itu akan membuat beberapa perhentian di tempat-tempat yang begitu dekat dengan Karpal, iaitu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, pejabatnya di Green Hall , bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Institusi St Xavier (SXI) di mana tempat pendidikan beliau dan ibu pejabat parti DAP negeri di Rangoon Road, sebelum ke krematorium Batu Gantong, lapor mStar.

0 Komentar untuk " Orang Ramai Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Karpal Singh"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info