Sebuah pulau paling berhantu bakal dilelong oleh kerajaan Itali. Nama pulau itu Poveglia.
Harian Independent melaporkan, Jumaat (18/4), pulau itu seluas 68.796 meter persegi dan tak berpenghuni. Pada 1922 sebuah rumah sakit jiwa dibuka di sana. Namun dipercayai seorang doktor telah membina makmal mengerikan yang melakukan percubaan pada manusia. Beberapa pesakit dibunuh dengan menghantamkan palu, lalu dikupas, atau dipaku. Banyak orang percaya syaitan telah membuat dia gila.
Doktor
itu kini sudah mati lantaran bunuh diri dengan melompat dari menara
rumah sakit. Tak hanya itu, Poveglia menjadi tempat buangan bagi mereka
mempunyai penyakit berjangkit. Di sana mereka dibakar agar penyakitnya
tidak berkembang. Selama bertahun-tahun kerajaan Itali telah menyekat
akses ke pulai itu, meski demikian beberapa penggila supra natural
berjaya melawat tempat itu.
"Kerajaan melelong pulau ini untuk mengurangkan hutang negara," ujar salah seorang nara sumber enggan menyebutkan nama. Menurut dia pegawai Itali menginginkan pemenang tender merupakan pengusaha yang akan mendirikan hotel mewah sehingga ada pertukaran asing masuk bagi negara.
0 Komentar untuk "Itali Bakal Melelong Pulau Paling Berhantu Di Kawasannya"