>>>>>

Fiza Elite Failkan Penceraian?


Sebulan selepas pasangan ini berkahwin, sudah timbul khabar angin mengatakan mereka bergaduh besar sehingga mendapat liputan media dalam industri hiburan dan akhir akhir ini timbul satu lagi dakwaan yang mengatakan hubungan mereka semakin tidak dapat dipulihkan.

Laporan Utusan Malaysia hujung minggu lalu menimbulkan lagi satu persoalan sama ada rumahtangga Adam AF & Fiza Elite ini mampu bertahan atau pun tidak selepas si isteri khabarnya sudah berkunjung mahkamah untuk selesaikan masalah yang melanda.

Wartawan tersebut ada menulis yang khabarnya Fiza Elite ada ke mahkamah pertengahan minggu lalu untuk merujuk masalah rumah tangga ke pejabat agama.

Walaupun pemergian beliau ke mahkamah tidak diketahui ramai tapi ada sumber yang dedahkan Fiza Elite dikhabarkan memfailkan penceraian pada hari Rabu lalu di Shah Alam, Selangor.

Adam AF pula dalam beberapa kenyataan media terbaru berkata yang mereka tidak mempunyai masalah besar seperti didakwa dan hanya bergaduh manja seperti pasangan suami isteri lain — kami doakan yang terbaik sahaja buat kalian berdua. (ROTIKAYA)
0 Komentar untuk "Fiza Elite Failkan Penceraian? "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info