“Ia bukanlah secara tiba-tiba sebaliknya sudah lama saya menyimpan niat untuk bertudung. Saya tidak mengalami sebarang mimpi ngeri atau apa-apa yang berkaitan. Tetapi, saya berhijab hanya kerana ALLAH SWT,” katanya.
Ketika ditanya adakah dia tidak risau
jika mengalami kekurangan tawaran lakonan, Bella bagaimanapun
meletakkannya sebagai ketentuan dari-NYA.
“Pada awalnya, rasa risau itulah
yang menyebabkan penghijrahan saya tertangguh. Tapi, akhirnya saya
memandang positif akan perkara itu. Setiap rezeki itu datangnya daripada
ALLAH SWT dan saya yakin mengenainya,” katanya.”
Apabila ditanya mengenai hubungannya
dengan Nazim dan reaksi kekasihnya itu dengan penghijrahannya, Bella
mengakui masih lagi bersama dengan kekasihnya itu. Bagaimanapun Bella
tetap tegas dengan keputusannya yang tidak mahu mengulas lanjut mengenai
hubungan mereka berdua.
“Saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara itu (isu putus cinta). Saya minta maaf,” katanya.
“Dia sangat menyokong saya. Bila
dia sokong, itu bermakna dia suka,” jelas Bella mengenai maklum balas
yang diterima daripada kekasihnya yang juga pelakon, Nazim Othman
berhubung keputusannya untuk berhijab.
Pada masa sama, Bella juga bertuah kerana mendapat sokongan penuh daripada kedua ibu bapa dan rakan-rakan di sekelilingnya.
Dalam perkembangan terbaharu, Bella kini baharu saja menghabiskan penggambaran drama bersiri 60 episod arahan Feroz Kadir iaitu Kusinero Cinta.
Jelasnya lagi, penampilannya dalam drama bersiri berkenaan, dia masih
lagi belum berhijab dan berharap peminat faham akan situasi tersebut.
0 Komentar untuk ""Dia Sokong Saya Berhijab" - Bella Dally Dedah Punca Dia Bertudung"