Ikuti pertanyaan di bawah ini yang telah diaju kepada Dr Zubaidi.
“Assalamualaikum, doctor. Merujuk
pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya
berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Doktor memberitahu
jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya
dengan air sejuk. Benarkah memandikan bayi dengan air sejuk boleh
menyebabkan kematian?”
Jawapan Dr Zubaidi Ahmad
Wa alaikummussalam. Saya bersimpati
dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga
kelak. Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati
terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh
kesan suhu air boleh menyebabkan kematian pada bayi. Waktu memandikan
bayi tidak berapa penting, malah boleh memandikan bayi waktu malam,
asalkan menggunakan air yang suam.
Bayi yang usia enam bulan ke bawah,
sebaiknya dimandikan menggunakan air hangat, karena air dingin bisa
membuat bayi mengalami hipotermia.
Hipotermia adalah keadaan di mana suhu tubuh yang menurun secara mengejut kerana lapisan kulit bayi yang masih terlampau tipis.
Hipotermia pada bayi, biasanya membuat
bayi lupa cara bernafas dan berbahaya kepada bayi. Sebaiknya bayi di
bawah usia enam bulan ke bawah dimandikan dengan air bersuhu antara
29-30 derjah celsius, karena suhu itu dianggap cukup hangat dan selesa
bagi kulit dan paru-paru bayi.
Sila kongsi artikel ini kepada para ibubapa.
0 Komentar untuk "Bayi Meninggal Dunia Kerana Mandi Air Sejuk"