>>>>>

Perompak Sempat Masak Cekodok Sebelum Curi Tong Gas


Kejadian ini berlaku di Segamat, Johor di mana seorang peniaga makanan bukan sahaja terkejut apabila mengetahui gerainya di Jalan Medoi, di sini, diceroboh masuk, kelmarin, malah turut mendapati penjenayah sempat memasak sebelum melarikan tong gas dan beberapa peralatan perniagaannya.



HARIAN METRO: Pembantu kedai makanan, Zaihan Jabar, menujukkan empat besi tingkap jeriji yang telah di potong di percayai menggunakan gergaji besi oleh pencuri di Jalan Medoi, Segamat
HARIAN METRO: Pembantu kedai makanan, Zaihan Jabar, menujukkan empat besi tingkap jeriji yang telah di potong di percayai menggunakan gergaji besi oleh pencuri di Jalan Medoi, Segamat
 
Kejadian itu disedari Noraini Mohd Yaacob, 38, selepas diberitahu pembantunya kira-kira jam 5 petang ketika ingin memulakan perniagaan selepas mendapati dua tong gas dan beberapa peralatan pinggan, mangkuk serta sudu lesap.

Katanya, dia percaya penjenayah menceroboh masuk selepas mengumpil besi jeriji tingkap di bahagian dapur berdasarkan kesan yang ditinggalkan.

“Apa yang mengejutkan, penjenayah turut sempat memasak kerana terdapat beberapa biji jemput-jemput yang ditinggalkan di atas dapur. Saya tidak tahu bila premis ini diceroboh, tetapi apa yang pasti penjenayah sempat memasak dan makan sebelum beredar bersama dua tong gas dan beberapa peralatan perniagaan saya,” katanya.
 
0 Komentar untuk "Perompak Sempat Masak Cekodok Sebelum Curi Tong Gas"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info