>>>>>

Manusia Pertama Dalam Sejarah, Jalani Pembedahan Pemindahan Muka Secara Penuh (Gambar)

Seorang ahli Bomba berusia 41 tahun dari Mississippi kini dapat memulakan kehidupannya buat kali kedua apabila seorang lelaki berusia 26 tahun dari Brooklyn 'menawarkan' wajah kepadanya.

Menurut laporan CNN semalam, pakar bedah plastik dari Unviersity Langone Medical Center, New York menyifatkan proses ini sebagai satu pembedahan pemindahan muka pertama dalam sejarah yang berjaya mereka lakukan.

Hardison bekas anggota Bomba yang menderita hampir 14 tahun menerima harapan baru apabila seorang lelaki, David Rodebaugh meninggal dunia pada Ogos lalu, David dalam satu wasitanya berkata dia akan mendermakan wajahnya kepada mana-mana individu yang memerlukan.
David Rodebaugh, penderma.


Detik ngeri yang menimpa Hardison pada tahun 2001 dimana dia melakukan tugas menyelamat di sebuah rumah yang terbakar, malangnya bumbung rumah tersebut runtuh mengenai topeng yang dipakai Hardison menyebabkan topeng yang dipakainya terbakar dan mencair, kata Dr Eduardo Rodriguez kepada pemberita CNN.

Akibat kejadian ngeri itu, Hardison mendapat kecederaan kekal di wajahnya. Hardison kehilangan anggota badan paling penting dalam hidupnya, malah matanya hampir buta dan hidungnya turut mencair akibat kebakaran itu.

Sebelum menemui Dr Rodriguez, Hardison telah melalui lebih dari 70 pembedahan sehinggalah dia menemui pakar bedah ini melalui seorang ahli gereja yang melihat teknik pembedahan yang dilakukan Rodriguez ketika itu di Pusat Perubatan Maryland.

Pembedahan memulihkan semula wajah Hardison memakan masa selama 26 jam melibatkan doktor, jururawat, pakar teknikal dan staf sokongan.

Sungguhpun wajah Hardison belum sempurna sepenuhnya, dia perlu menjalani beberapa proses pemulihan dan Rodriguez yakin dalam tempoh 6 bulan Hardison mampu bersuara dengan normal.

Keseluruhan prosedur dan kos pembedahan ini berjumlah hampir USD$1juta. -HarianBlogger.Com

0 Komentar untuk "Manusia Pertama Dalam Sejarah, Jalani Pembedahan Pemindahan Muka Secara Penuh (Gambar) "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info