>>>>>

Di Jepun Sekarang Ada Majalah Untuk Lelaki-Lelaki Chubby.

  
Majalah pada umumnya selalu mengetepikan model-model bertubuh langsing atau Athletic. Bahkan, beberapa foto sampai disunting agar dapat memenuhi standard "sempurna".

Namun, ia kelihatan seperti sebuah majalah di Jepun ini ingin mengubah pandangan tersebut. Disaat perut berkotak-kotak menjadi pujaan di mana-mana, majalah ini justru memajang lelaki-lelaki dengan badan yang sedikit chubby.



 Majalah ini sengaja memaparkan lelaki-lelaki yang mempunyai tubuh sedikit chubby lengkap dengan perut buncit. Mereka berpose dengan percaya dirinya di jalanan dan bersama gadis-gadis cantik.

Tidak hanya itu, majalah yang diberi nama Mr. Babe ini juga memuatkan pelbagai ciri-ciri yang menarik. Seperti fesyen,  kesihatan hingga rawatan tubuh untuk para lelaki bertubuh chubby.



 Majalah ini menyebut dirinya sebagai "majalah fesyen dan gaya hidup untuk lelaki chubby, dari lelaki chubby dan untuk lelaki chubby". Mr. Babe memang sengaja dibuat untuk meningkatkan kepercayaan diri bagi para lelaki dengan badan chubby.

Meskipun begitu, bukan bererti majalah ini menyokong para lelaki untuk menaikkan berat badan. Mereka tetap menganjurkan para lelaki dengan badan chubby ini tubuh tetap menjaga berat badan agar tidak sampai obesiti.


0 Komentar untuk "Di Jepun Sekarang Ada Majalah Untuk Lelaki-Lelaki Chubby."

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info