>>>>>

Aaisyah Dhia Rana Dibayar Belasan Ribu RM Untuk Berlakon


ALAHAI, bertuah sungguh anak pasangan selebriti Zain Saidin dan Rozita Che Wan ini.

Baru berusia setahun, Aaisyah Dhia Rana sudah disunting menjadi pelakon dan menerima bayaran belasan ribu ringgit dari pihak produksi hanya untuk muncul dalam 11 episod.

Menurut Rozita atau mesra disapa Che Ta, perkara tersebut telah mendapat persetujuan daripada pihak produksi dan stesen televisyen selain menyifatkan itu adalah rezeki bagi anaknya.

“Bayaran untuk komitmen 11 hari yang dia dapat itu melebihi bayaran pelakon pembantu yang menerima anugerah. Itu saja saya boleh cakap.

“Kira pakejlah gayanya kalau orang nak cakap kami anak beranak berlakon. Tak apalah, orang nak cakap apa…itu terpulang.

“Ini semua soal rezeki. Sebelum ini apa sahaja yang membabitkan saya selalu dipersoalkan dan menjadi kontroversi.

“Saya tak boleh nak tutup mulut orang dan kalau dilayan memang tidak pernah berakhir. Biarlah,” katanya.

4

Dalam pada itu, Che Ta menafikan dakwaan tanggapan orang ramai bahawa dia mempergunakan anaknya.
Difahamkan, selain Che Ta dan Aaisyah, Zain Saidin juga turut ditawarkan sebagai pelakon undangan dalam drama tersebut. 

Sumber: BH Plus
0 Komentar untuk "Aaisyah Dhia Rana Dibayar Belasan Ribu RM Untuk Berlakon"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info