>>>>>

Wow..Basikal Hilang Selama Separuh Abad Ditemui Tertanam Dalam Pokok

Setelah hilang selama setengah abad, basikal kuno milik seorang nenek ditemui. Yang menariknya, basikal ini ditemui dalam keadaan tertanam di badan kayu sebuah pohon besar.

Basikal itu milik anak Helen Puz (99). Helen mendapat maklumat bahawa basikal anaknya itu telah ditemui di sebuah hutan di Vashon Island Washington.

Ketika beliau pergi ke lokasi, Helen bersama anaknya bernama Don dikatakan terperanjat. Basikal itu dalam kedudukan terperangkap di badan pohon besar. Anehkan?

Roda depan basikal itu berada di bahagian luar badan pohon, begitu juga dengan bahagian roda belakang. Namun bahagian "badan" basikal, 'ditelan' pohon itu dalam keadaan sedemikian rupa. Basikal itu berada setinggi lima kaki

Basikal itu diberi oleh salah seorang jiran Helen pada tahun 1954, setelah setelah dia menjanda. Hadiah itu diberikan untuk Don yang ketika itu berusia lapan tahun.

"Orang-orang menaruh simpati dan sangat baik hati," kata Helen mengenai pemberian basikal kuno itu 58 tahun silam, seperti dipetik dari BBC.

Namun kerana basikal itu memang basikal dengan rangka besi untuk perempuan, Don menolak untuk memakainya. Tak beberapa lama basikal itu hilang itu entah ke mana.

0 Komentar untuk "Wow..Basikal Hilang Selama Separuh Abad Ditemui Tertanam Dalam Pokok "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info