>>>>>

Wanita Ini Mahu Jadi Doktor Gigi Paling Kuat Di Britain

SEORANG wanita yang merupakan ahli bina badan dari Britain ini dikatakan sedang mengejar dan memburu gelaran yang diidamkannya selama ini iaitu menjadi doktor pergigian paling kuat di negaranya.
Natalia Rosenchein, 22, adalah seorang pelajar dalam bidang pergigian dan dia juga merupakan ahli bina badan yang menduduki kelompok teratas dalam dunia.

Wanita ‘besi’ itu yang kini belajar di Universiti Newscastle bakal menamatkan pengajiannya pada tahun 2017 nanti.



2D00A02500000578-3257411-image-a-131_1443785967965


Natalia mula berjinak-jinak dalam sukan bina badan ini selepas kakinya mengalami kecederaan satu ketika dahulu dan terpaksa memulakan rutin mengangkat berat untuk mengembalikan ketahanan kakinya.
Walau bagaimanapun, rutin hariannya ketika itu telah membuatkan dirinya terasa bertenaga serta menjadi satu terapi kepadanya.

2D00A05900000578-3257411-image-a-124_1443785914285
Sejak daripada itu, minatnya terhadap sukan bina badan semakin mendalam dan dia juga mula menyertai pertandingan sukan tersebut di seluruh dunia.

“Saya sering berjenaka dan memberitahu orang bahawa saya membina badan adalah untuk menarik gigi pesakit yang datang.

“Saya sudah mencabut berdozen-dozen gigi namun pesakit saya tidak perasan kerana saya memakai seragam. Mereka terkejut selepas mendapati saya adalah ahli bina badan.
“Doktor gigi paling kuat adalah gelaran impian saya. Ia kedengaran menarik.” katanya.


2D00A08600000578-3257411-image-a-122_1443785884749

Natalya juga menyifatkan dirinya sebagai unik kerana sebelum ini masih tiada pelajar pergigian mahupun pelajar perubatan melakukan perkara sebegini.

Baru-baru ini wanita tersebut telah menduduki kelompok 5 teratas dalam pertandingan Muscle Beach di Los Angeles.

Sekarang Natalya sedang bertanding dalam British Championships pusingan akhir di Nottingham dan akan melonjakkan kakinya ke sukan Olimpik bina badan sekiranya dia menjuarai pertandingan tersebut
0 Komentar untuk "Wanita Ini Mahu Jadi Doktor Gigi Paling Kuat Di Britain"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info