>>>>>

Video: Sekumpulan Wanita Selfie Di Perlawanan Besbol Jadi Viral



VIDEO yang memaparkan sekumpulan gadis yang datang sebagai penonton tetapi lebih kecoh mengambil selfie ketika menonton perlawanan besbol di Phoenix, Amerika Syarikat baru-baru ini telah menjadi viral.
Sekumpulan gadis itu yang hanya hadir untuk menonton perlawanan di antara pasukan Arizona 
Diamondbacks dan Colorado Rockies itu telah menarik perhatian orang ramai yang menonton video mereka itu.

Aksi dan gelagat gadis remaja itu semua mengambil gambar selfie berulang kali dengan pelbagai reaksi muka juga telah mencuit hati dua orang penyampai sukan ketika siaran langsung menerusi stesen televisyen.
“Perlu ke kamu buat mimik muka ketika mengambil selfie?” kata seorang penyampai sukan di situ.

WM

Jelas  mereka tidak memberi perhatian langsung pun pada perlawanan tersebut dan lebih hanya sibuk mengambil gambar diri masing-masing.

Walau bagaimanapun, mungkin sudah lumrah sebagai perempuan sekarang yang tak habis-habis dengan kamera dan selfie mereka.

Bukan sahaja sekumpulan gadis di dalam video tersebut melakukan perkara itu, gadis lain yang berada di situ juga berbuat benda yang sama. – Agensi/


2CFD4B1F00000578-3256783-image-m-21_1443737263651
2CFD4B3900000578-3256783-image-m-23_1443737300039
Video sekumpulan gadis mengambil gambar selfie ketika perlawanan besbol
0 Komentar untuk "Video: Sekumpulan Wanita Selfie Di Perlawanan Besbol Jadi Viral"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info