>>>>>

Video Pesawat Jet Airbus a340 Yang Mendadak Terbang Terlalu Rendah Diatas Penduduk Ini Amat Menakutkan




Ini benar-benar sebuah pengalaman yang seru sekaligus menakutkan apabila sebuah jet penumpang transatlantik tiba-tiba terbang sangat rendah, hanya beberapa kaki dari para pemandu yang ketakutan saat mendarat di Costa Rica.

Sebuah pesawat Airbus 340 melayang begitu dekat dengan permukaan tanah diatas jalan raya semasa hendak mendarat. Bahkan para saksi boleh melihat dengan jelas skru-skru pada perut pesawat, sementara rumah di dekatnya juga terasa bahang.

Kejadian menegangkan ini terjadi kerana juruterbang pesawat tersebut terpaksa mengubah pola pendaratan asalnya kerana angin yang bermasalah ketika hendak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Juan Santamaria, pada 4 Oktober 2015 Minggu lalu.


Para pengguna jalan raya jelas sangat terkejut, sekaligus takut. Beberapa saksi berjaya merakam kejadian luar biasa ini dan menyebarkannya ke internet.

Setelah diselidiki, pesawat tersebut adalah Jet Iberia dengan nombor penerbangan IB6313 yang terbang dari ibu negara Sepanyol, Madrid.

Seorang saksi mata, Francisco Portillo, pemilik sebuah restoran berhampiran lapangan terbang berkata, "Ini sangat tidak biasa. Restoran penuh sesak. Orang-orang berkerumun melihat pesawat mendarat begitu rendah. "


Walaupun dari tayangan video kelihatan begitu menakutkan, pihak berkuasa lapangan terbang dan penerbangan Sepanyol tersebut berkeras itu pendaratan yang terkawal dan tidak ada yang luar biasa tentang hal itu.

Rolando Richmond, ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Costa Rica, mengatakan "Tidak ada ketinggian sehingga pilot harus menyeberangi bahagian dari pagar keselamatan itu."


0 Komentar untuk "Video Pesawat Jet Airbus a340 Yang Mendadak Terbang Terlalu Rendah Diatas Penduduk Ini Amat Menakutkan"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info