>>>>>

Video Penyanyi Katy Perry Diraba Dan Dicium Peminat Di Atas Pentas






LUMRAH menjadi bintang popular di Hollywood, mana-mana artis di sana pasti mempunyai peminat yang terlampau ‘ghairah’ dan ‘fanatik terhadap mereka.

Lihat sahaja penyanyi kelahiran California, Katy Perry yang sememangnya tidak menyangkakan tindak balas dan reaksi peminatnya yang dijemput naik ke atas pentas ini.

Menerusi video yang dimuat naik, pelantun lagu Dark Horse tersebut telah dicium dan buah dadanya juga telah diraba oleh peminatnya itu.

Katy-Perry-gets-groped-by-fan-onstage

Namun, Katy dilihat begitu profesional dalam mengendalikan situasi tersebut dan cuba untuk bertenang.
“Dia mencium leher saya!” jerit Katy yang kini dilaporkan telah kembali berpacaran dengan bekas kekasihnya dahulu, John Mayer.


Dalam video yang sama juga, penyanyi berusia 30 tahun itu juga kedengaran menyatakan peminatnya itu memegang buah dadanya sambil tersenyum.

Katy yang membuat persembahan untuk Rock di Rio Festival sememangnya suka menjemput peminat-peminatnya yang bertuah untuk berada bersamanya di atas pentas.

Walau bagaimapun, peminat yang dijemputnya kali ini ternyata berbeza tetapi sikap Katy yang tenang dan profesional ternyata harus dipuji dan dibanggakan. –
0 Komentar untuk " Video Penyanyi Katy Perry Diraba Dan Dicium Peminat Di Atas Pentas"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info