>>>>>

Video: Pelajar Perempuan ‘Dihentak’ Di Sekolah Jadi Viral


VIDEO memaparkan seorang pelajar perempuan dihentak pegawai polis di sekolah kini menjadi viral selepas ia dikongsikan di laman sosial.

Ekoran penyebaran video terbabit yang dipercayai diambil oleh rakan sekelas mangsa, pegawai polis terbabit dikatakan diberi cuti tanpa gaji.

Kejadian berlaku di Sekolah Tinggi Spring Valley, Carolina Selatan, Amerika Syarikat.

Difahamkan, penyiasatan berhubung video itu masih berjalan buat masa ini.

Setakat ini tak diketahui punca dan motif sebenar ‘serangan’ tersebut dibuat terhadap pelajar perempuan yang digari tangannya sebaik jatuh ke lantai. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Video: Pelajar Perempuan ‘Dihentak’ Di Sekolah Jadi Viral"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info