>>>>>

Tunggang Motosikal Sambil Basuh Rambut….Viral Di Filipina


Penunggang motosikal di Taiwan tidak perlu bimbang jika rambut mereka berbau busuk ketika menunggang motosikal kerana kini mereka boleh membasuh rambut di lebuh raya.

Ia umpama `wash and go’ yang membolehkan rambut dibasuh dan disyampu ketika motosikal bergerak.
Video mengenainya telah dimuat naik dalam Facebook tiga hari lalu namun ia telah ditarik balik, tanpa diketahui alasannya.

Menurut China News Service, enam lelaki yang dipercayai baru pulang dari berenang di laut, sedang menunggang motosikal.

Sambil menunggang motorsikal, mereka membasuh rambut serta menggunakan syampu. Dalam video itu kedengaran mereka bergurau senda dan ketawa.

Malah pada satu ketika, penunggang motosikal itu sempat membasuh rambutnya dengan sebelah tangan.
Bagaimanapun aksi berkenaan telah mendapat perhatian polis dan tindakan mereka itu disifatkan sebagai merbahaya kerana ia juga boleh mendatangkan risiko kepada pengguna lebuh raya berkenaan.
Ia juga merupakan satu kesalahan kerana mereka tidak memakai topi keledar.
0 Komentar untuk "Tunggang Motosikal Sambil Basuh Rambut….Viral Di Filipina"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info