>>>>>

Pembedahan Plastik Untuk Binatang Peliharaan Jadi Trend

TIDAK cukup dengan pembedahan plastik untuk manusia di Korea Selatan, kini menjadi trend pula di sana ialah pembedahan kosmetik turut dilakukan ke atas binatang peliharaan masing-masing.

Pemilik haiwan peliharaan teruja untuk mencantikkan si comel mereka sehinggakan mereka sanggup menanggung kos pembedahan plastik serta khidmat botox.

Proses pembedahan si comel jinak ini bermula daripada AS$60 malahan boleh mencecah ribuan dolar di hospital atau klinik ternama sekitar ibu negara, Seoul.

Walau bagaimanapun, ada juga pemilik binatang peliharaan ini dilaporkan tidak bersetuju dengan trend yang semakin menular di negara ‘kimchi’ tersebut.

Mereka menganggap perkara ini adalah sebagai salah satu cara penderaan kepada si comel yang pastinya tidak mampu menolak segala jenis prosedur pembedahan yang telah diaturkan oleh pemilik mereka.

Di bawah ini merupakan antara contoh-contoh binatang yang sudah digrooming menerusi pembedahan plastik dan botox terutamanya di bahagian mata pets tersebut. – MYNEWSHUB.CC

dog1 

dog


0 Komentar untuk "Pembedahan Plastik Untuk Binatang Peliharaan Jadi Trend"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info