Tradisi minggu orientasi siswa (MOS) di sesebuah universiti sepatutnya
merupakan program yang dilaksanakan untuk mendedahkan pelajar-pelajar
baru kepada tradisi dan budaya sesebuah institusi pendidikan tinggi yang
dimasuki oleh pelajar baru dan program ini sepatutnya dijalankan supaya
membimbing pelajar-pelajar baru dalam mempersiapsediakan mereka untuk
menjalani kehidupan baru sebagai seorang yang bergelar siswazah.
Namum realitinya tidak begitu. Baru-baru
ini, sebuah portal berita Indonesia telah mendedahkan aktiviti MOS atau
dikenali sebagai ospek di beberapa buah universiti tempatan Indonesia
yang amat memalukan.
Daripada
gambar-gambar yang dipaparkan, nyata tujuan utama MOS telah lari di mana
kesemua aktiviti yang dijalankan semasa progam MOS ini didapati lebih
kepada membuli daripada mendidik pelajar-pelajar baru.
Kalau
di universiti tempatan di Malaysia, ada segilintir program MOS yang
membuli pelajar dijalankan di beberapa kampus cawangan UiTM namum, tidak
sekejam seperti apa yang dilalui oleh pelajar-pelajar baru di
universiti Indonesia.

Pelajar-pelajar baru dimalukan dengan pemakaian yang pelik sepanjang program MOS

Pelajar baru disuruh untuk memeluk sebatang pokok dan melakukan pelbagai aksi memalukan yang lain

Pelajar wanita disuruh untuk menggigit selipar jepun

Ada sesetengah pelajar senior akan lebih terhibur dengan aksi sebegini

Pelajar sesama jantina akan disuruh berciuman sebagai hiburan pelajar 'senior'
0 Komentar untuk "Minggu Orientasi Pelajar Universiti Yang Ganas Dan Memalukan (5 Gambar)"