>>>>>

Guru Beri Pelajaran Yang Berharga Untuk Pelajar


SEORANG guru biologi di sekolah Groene Hart Rijnwoude di Belanda, Debby Heerkens, mempunyai cara tersendiri untuk membantu pelajarnya mengingati struktur badan manusia.

Dalam satu kelas baru-baru ini, dia telah berdiri di atas meja dan kemudiannya menanggalkan baju.

Ketika itu murid-muridnya terkejut kerana menyangka guru mereka itu akan berbogel sebaliknya mereka tidak menyangka Debby memakai sut dalaman yang mengikut bentuk badan.

Namun pakaian getah itu melukiskan otot dan rangka.

Debby mendapat idea berkenaan selepas melihat seorang wanita memakai legging di jalan dan kemudiannya dia memaklumkan kepada pengarah sekolah mengenai idea terbabit.

Video mengenai pembelajaran tersebut telah dimuat naik dalam Facebook dan ia ditonton lebih 100,000 orang dengan ramai yang memuji kreativiti Debby.

Debby telah mengajar selama tujuh tahun dan menyifatkan langkah berkenaan dapat menarik perhatian muridnya. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Guru Beri Pelajaran Yang Berharga Untuk Pelajar"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info