>>>>>

Gigih Bawa Bot Ke Hospital, Lelaki Kecewa Lamaran Ditolak


USAHA seorang lelaki di China yang ingin membuat adegan lamaran ‘romantik’ di atas sebuah bot di hadapan hospital kekasihnya bekerja ternyata sia-sia selepas lamaran itu ditolak serta-merta oleh wanita berkenaan.

Bot yang dihiasi oleh bunga mawar merah dan merah jambu itu dikatakan ditarik menggunakan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu oleh lelaki terbabit.

4

Sejurus tiba di hadapan hospital berkenaan, lelaki malang dari Hubei itu terus memanjat ke dalam bot berkenaan lalu menjerit menggunakan megafon bagi menarik perhatian kekasihnya.

“XXX I Love You ! Please forgive Me…” jerit lelaki itu.

3

Walau bagaimanapun, punca lelaki itu memohon maaf masih lagi tidak diketahui, namun selepas beberapa kali merayu, kekasih lelaki itu akhirnya muncul dan menaiki bot tersebut.

Aksi mereka berdua ternyata menarik perhatian orang ramai yang berada di situ dan mereka bersedia untuk menjadi saksi lamaran ‘agung’ lelaki terbabit.

2

Namun, harapan lelaki itu hancur berkecai selepas wanita yang dilamarnya itu bertindak membuang cincin yang diberikannya dan terus masuk ke dalam hospital untuk bekerja seperti biasa.

Ia membuatkan lelaki itu terpinga-pinga dan tergamam buat seketika sebelum pergi membawa hatinya yang lara itu. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

5
0 Komentar untuk "Gigih Bawa Bot Ke Hospital, Lelaki Kecewa Lamaran Ditolak"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info