>>>>>

Bongkar..8 Anggota Pasukan Bola Sepak Perempuan Iran Adalah Lelaki

Sungguh memalukan, bola sepak Iran kembali menjadi sorotan dalam beberapa hari terakhir. Pasalnya, tersiar khabar bahawa lapan pemain yang berdaftar sebagai ahli Timnas perempuan Iran adalah berjenis kelamin lelaki.

Kenyataan kontroversi itu bahkan diutarakan langsung salah satu kakitangan di Liga Iran, yakni Motjabi Sharifi. Meski begitu, ia enggan mendedahkan nama masing-masing pemain yang terlibat pemalsuan jenis kelamin tersebut.


Tim bola sepak wanita Iran. Bolehkah anda mencari lelaki yang menyamar sebagai wanita dalam gambar ini?

"Lapan pemain yang pernah bermain bagi timnas sepakbola perempuan Iran belum selesai menjalani pembedahan perubahan jenis kelamin," ungkap Sharifi pada Khamis 1 Oktober 2015.

Khabar angin mengenai tuduhan pemalsuan jenis kelamin dalam Timnas perempuan Iran memang sempat gencar tersiar dalam beberapa waktu yang lalu. Akan tetapi, ketika itu pihak Persekutuan Bola Sepak Iran memberikan bukti bahawa tak ada pemain yang terlibat skandal tersebut.

Namun untuk kes yang saat ini sedang berkembang, Persekutuan Bola Sepak Iran masih belum memberikan kenyataan rasmi mereka. Jika memang tuduhan itu terbukti benar adanya, maka FIFA selaku induk bola sepak tertinggi bakal mengambil tindakan tegas bola sepak Iran.
(Telegraph)
0 Komentar untuk "Bongkar..8 Anggota Pasukan Bola Sepak Perempuan Iran Adalah Lelaki"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info