>>>>>

Benarkah Peserta Running Man, Song Ji Hyo Sorok Anak Perempuan?

BETUL ke pelakon dan peserta program televisyen popular Running Man, Song Ji Hyo sudah memiliki anak perempuan tetapi tidak didedahkannya?

Song-Ji-Hyo_1403543658_af_org


Dengan kuasa Internet yang ada sekarang, gambar seorang budak perempuan di Korea Selatan telah menjadi viral kerana rupa parasnya yang mirip sekali dengan selebriti tersebut.

Walau bagaimanapun, budak berkenaan bukanlah anak kepada pelakon berusia 34 tahun itu malah memang tidak ada pertalian darah sama sekali.

song-jihyo

Ia mendapat perhatian netizen selepas sebuah forum online dengan tajuk ‘Anak perempuan Ji Hyo yang disembunyi’ telah membincangkan persamaan serta mirip wajah mereka seperti ibu dan anak.
Dari segi aset mata yang bulat, bulu mata melentik dan senyuman yang manis itulah yang membuatkan mereka kebetulan macam kelihatan sama seiras.

46c49ae9090913c7771917aaea0f44d2

songjihyo-daughter-650x459

Gambar budak perempuan itu mula menular serta menjadi popular dalam kalangan masyarakat termasuk media tempatan dan luar negara.

Apa-apa pun, mereka berdua sememangnya sama-sama comel dan mempunyai senyuman yang manis! – Agensi/MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Benarkah Peserta Running Man, Song Ji Hyo Sorok Anak Perempuan?"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info