>>>>>

Bekas Peninju Akui Diberi Dadah Sebelum Lakon Video Lucah Gay


BEKAS peninju dan bapa kepada 10 anak, Yusaf Mack mendakwa telah diberikan dadah dan tidak ingat apa-apa selepas rakaman video dia melakukan seks dengan dua lelaki tersebar dalam laman web lucah untuk gay.

Mack, 35, dikenalpasti sebagai lelaki dalam video lucah berkenaan yang tersebar sejak Disember tahun lepas.

Dia yang telah bertunang dan mempunyai 10 anak, mengaku menerima wang sebanyak $4,500 untuk muncul dalam video lucah tersebut yang dirakamkan di New York.

“Sepanjang hidup saya, saya digelar sebagai pelacur wang. Saya suka kepada kaum wanita. 
Satu-satunya waktu saya menyentuh lelaki adalah ketika bertarung tinju,’’ katanya.

Mack, yang bertarung tinju dengan gelaran ‘Mack Attack’ berkata dia telah ditawarkan untuk mengambil bahagian dalam video lucah itu menerusi Facebook dan menerima tawaran berkenaan kerana memerlukan wang.

Jelasnya ketika mengunjungi satu alamat di Bronx, dia dapat melihat wanita bogel berkeliaran di situ.
“Saya perlukan minuman. Mereka berikan saya pil dan vodka,’’ katanya.

Mack memberitahu, dia hanya sedar semula selepas dikejutkan dalam keretapi. Video berkenaan dimuatnaik dalam laman web gay yang memaparkan lelaki Afrika-Amerika.

Jelas Mack, dia tidak mengetahui mengenai video terbabit sehingga rakan-rakannya tidak lagi bercakap dengannya minggu lepas.

Mack kini mahu mengesan semula pembikin video terbabit tetapi telah terlupa kata laluan dalam Facebook. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Bekas Peninju Akui Diberi Dadah Sebelum Lakon Video Lucah Gay"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info